Tuesday, June 17, 2014

SEBAB APE ORANG BAGI LAMPU TINGGI PADA KITA??

Apa yang aku perasan masyarakat kita ni memang agak prihatin..cuma cara tunjuk prihatin tu yang kita tak berapa nampak sangat..selama aku jadi seorang pemandu kereta@motor aku sentiasa dapat hidu keprihatinan rakyat Malaysia ni..Lagi2 pemandu lelaki.. Contoh yang aku pernah lalui..disatu ketika tengah syok kita memecut kereta tiba2 kereta diarah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kepada kita secara berkelip2..Kalau orang tak biasa mesti mereka ingat pemandu tu suruh bagi laluan ataupun sememangnya gila main lampu siang2..

Hakikat sebenarnya ia memberi isyarat ada sesuatu halangan dihadapan laluan kita..kalau kat kampung semestinya ada lembu melintas dan paling ngeri ada hantu tengah menghalang laluan dan tunggu masa nak cekik leher nak hisap darah..macam drakula tuu..takpun ada eksiden ngeri yang menyuruh kita memperlahankan kenderaan.. Tetapi kalau dikawasan bandar ataupun desa situasinya berlainan pulak ianya memberi isyarat bahawa dihadapan kita ada sekatan Polis ataupun roadblock..

Ini adalah petanda awal kepada sesiapa yang gentar dan takut menghadapi sekatan Polis atau JPJ..mereka bolehlah berhenti ketepi takpun boleh berpatah balik..Ingat!jangan dah nak sampai sekatan baru nak terhegeh2 berenti tepi pastu angkat bonet depan konon2nya enjin kita rosak..kekeke..anda digelakkan JPJ jer nanti bila buat alasan Pak Kaduk tu..mereka bukannya bongok..malahan dah masak dengan alasan bingai tu..

Sebab tu kita kena sentiasa alert dalam apa jua situasi..kadangkala isyarat dah diberi tetapi kita tak ambik peduli..bila dah suruh ketepi mula la keluar ayat caci maki..so,berbalik kepada cerita kita tadi..bila orang bagi lampu tinggi mesti ada sesuatu yang terjadi..kalau lampu tinggi dari belakang tu maknanya dia suruh ketepi..x paham2 lagi..cakap mulut berapi..macam sekolah tinggi lepak kedai kopi..aku dah melalut ni..so,jagalah diri sendiri..perhati kawasan kanan kiri..sekian

Abu Huzaifah
Pengkaji Ilmu Lampu Tinggi Nusantara

No comments:

Post a Comment