Monday, February 17, 2014

BUAT SENDIRI LAA BARU JATI DIRI



Assalamualaikum..

Memandangkan feedback yang terlalu banyak mengenai segmen DIY ataupun BUAT SENDIRI aku telah tergerak hati nak teruskan segmen2 DIY lain termasuk cara2 mengepam tayar, membasuh kereta, membuang habuk dan mengisi air dalam tangki radiator..kekeke.. takde la aku cuma melawak jer.. hehehe..

Sebenarnya DIY ni aku dah start sejak tahun 2008 lagi.. Cuma gambar dah banyak hilang dan tak tau lepas kemana gambar2 yang aku snap.. nak rembat gambar orang kang tak pasal2 kene saman plak..tapi xpe jangan risau aku akan share ape yang aku ade jer nanti k..termasuk la cara2 menampal sepender yang dah koyak..kekekeke.. Sebenarnya aku ni paling pemalas bab2 nak menaip dan menulis ni..kekadang xtau nak wat ayat macamana..nak buat secara formal atau tonggang terbalik.. Janji orang senang faham.. tapi kalau orang putih datang translate takut xtau kebenda pulak nanti..hahaha..


ok2..aku cari bahan dulu.. Nanti dah ada aku share k.. Assalamualaikum

THE LEGEND OF TOYOTA SUPRA


TOYOTA SUPRA, nama yang cukup hebat dalam kalangan peminat kereta prestasi. Jentera yang dianggap sebagai legenda itu masih kekal menjadi sebutan ramai, malah, masih ada yang menyimpan hasrat untuk memilikinya walaupun ia tidak lagi dikeluarkan.

Baru-baru ini, Toyota memperkenalkan kereta konsep FT-1 sempena Detroit Auto Show. Sedikit kejutan daripada Toyota, jentera konsep agresif FT-1 itu dikhabarkan akan menggantikan Toyota Supra selepas pelbagai spekulasi sejak beberapa tahun ini.

Mungkin atas desakan berupa ancaman daripada kebangkitan beberapa model ikon lain seperti Honda NSX dan Nissan GT-R, Toyota jelas tidak mahu ketinggalan dalam segmen itu.

Sebagai kereta sukan ikonik, Supra popular dalam pelbagai permainan video, filem, video muzik dan juga rancangan TV.

Penampilan yang paling ketara ialah dalam filem lakonan mendiang Paul Walker, Fast and Furious dan siri permainan video seperti Grand Theft Auto, Gran Turismo, Forza Motorsport dan Need for Speed.

Jentera sport popular yang dihasilkan Toyota Motor Corporation antara 1978 hingga 2002 dihentikan produksinya secara rasmi pada tahun 2002.

Sungguhpun Toyota Supra berjaya menjadi tumpuan peminat kereta sport, Toyota seperti sengaja melambat-lambatkan pengeluaran versi baharu Supra.

Terdapat beberapa informasi yang kuat mengatakan Toyota Supra versi baharu akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2015. Ketika ini, ramai menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Toyota.

Ada juga yang mengatakan jentera Supra baharu ini sedang diuji dengan enjin hibrid yang mampu menjana lebih daripada 400 kuasa kuda.

Imbasan kronologi Supra

Jika dikenang kembali, Toyota Supra merupakan salah satu model yang paling popular secara global. Selain prestasi enjin yang berkuasa, ia turut menawarkan sistem penggantungan laras dan sistem brek berprestasi tinggi yang menjadikannya lebih fleksibel untuk digunakan di litar lumba.

Pada tahun 1979, Toyota mengeluarkan model yang dikenali sebagai Celica Supra berdasarkan Celica liftback.

Namun, Supra dibina lebih panjang dan lebih luas daripada Celica berserta penggunaan enjin 2.6 liter enam-silinder sebaris.

Pada ketika itu, enjin tersebut adalah enjin termaju Toyotadi mana ia menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik.

Pada tahun 1982, Toyota menggantikan penggunaan enjin tersebut dengan enjin 2.8 liter enam-silinder sebaris Dual-Overhead-Cam (DOHC) kepada generasi kedua Celica Supra. Menjelang 1986, generasi ketiga Toyota Supra diperkenalkan dengan enjin 200 kuasa kuda 3.0 liter enam-silinder sebaris.

Namun begitu, terdapat beberapa isu berkenaan tahap prestasi keseluruhan Supra generasi ketiga yang dikatakan tidak begitu mendebarkan. Kurang daripada satu tahun kemudian, Toyota menambah baik model tersebut dengan penggunaan enjin turbocas yang menghasilkan 230 kuasa kuda.

Revolusi baharu kereta sport pada sekitar 90-an turut memberi impak terhadap Supra generasi keempat (Mk IV). Supra Mk IV didatangkan dengan enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris yang menghasilkan 220 kuasa kuda dan tork maksimum 292Nm.

Jentera itu dipadankan dengan gear manual lima kelajuan bagi tugasan memacu tayar belakang selain pilihan varian automatik empat kelajuan.

Tidak lama kemudian, Supra menerima sistem induksi turbo berkembar yang mampu menghamburkan 320 kuasa kuda dan 427 Nm tork.

Mengikut beberapa data ujian, jentera legenda ini mampu melakukan pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) di bawah lima saat.

Prestasi jentera ini dikatakan mampu menandingi kehebatan jentera eksotik lain pada ketika itu.

Apa yang boleh dibanggakan, Toyota telah memuatkan teknologi paling maju pada masa itu termasuklah kawalan cengkaman, Limited-slip Diffential (LSD), rim aloi aluminium 17 inci, sistem penggantungan sport dan kotak gear enam kelajuan manual. Generasi keempat Supra kekal dan hampir tidak berubah di sepanjang produksi.

Kenapa Toyota Supra popular? Mengikut apa yang dikongsikan peminat jentera ini, Supra adalah antara kereta yang paling mudah menerima pengubahsuaian enjin.

Selain daripada prestasi yang kompetitif walau sehingga pada hari ini, Supra mempunyai nilai jualan semula yang sangat tinggi terutamanya model turbo dan transmisi manual.

Harapan baharu - Konsep FT-1

Jentera potensi gantian Supra telah beberapa kali dipratontonkan dengan pelbagai konsep sejak beberapa tahun lalu. Jika sebelum ini, konsep FT-HS antara yang terkuat untuk memberikan tanda kepulangan Supra ke dalam peringkat produksi. Namun, ia mungkin hanya khabar angin semata.

Pada Detroit Auto Show awal tahun lalu, Toyota melancarkan jentera konsep FT-1. Terdapat beberapa kemungkinan besar, FT-1 bakal menggantikan Supra. Sekiranya keputusan Toyota untuk merealisasikan kereta konsep FT-1 bagi menggantikan Supra, sudah pasti ia adalah satu perkhabaran yang baik kepada peminat kereta berprestasi tinggi.

Walaupun Toyota belum menyatakan sedemikian, tetapi ramai berkeyakinan bahawa Supra mungkin akan dilancarkan berdasarkan konsep FT-1. Jika diteliti, profil FT-1 kelihatan mempunyai beberapa persamaan titik disain untuk menggantikan Supra pada masa akan datang.

Daripada pandangan kasar terhadap imej FT-1, jentera itu diinspirasikan daripada konsep Formula 1 pada bahagian muncung hadapan.

Mungkin kelihatan agak keterlaluan, tetapi ia hanyalah di peringkat konsep. Terdapat beberapa ciri penggayaannya hampir serupa dengan Toyota GT86. Reka bentuk keseluruhannya agresif dan mementingkan aspek aerodinamik.

Drivetrain jentera konsep Supra ini masih lagi misteri. Terdapat banyak konfigurasi enjin yang dikhabarkan sejak beberapa tahun lalu. Ada yang mengatakan ia bakal berkongsi teknologi enjin V10 daripada Lexus LFA.

Setakat ini, terdapat konsensus yang menyatakan Supra baharu akan menerima enjin V6 3.5 liter hibrid yang menghasilkan kira-kira 400 kuasa kuda.

Daripada aspek sistem suspensi, Supra dijangkakan akan mengikut jejak langkah GT86 untuk menyediakan pengendalian yang lebih sporty tanpa menyisihkan skala keselesaan.

Kemunculannya dinantikan

Ramai yang mahukan Toyota membawa semula Supra ke dalam pasaran. Mungkin satu perkhabaran yang baik, Toyota akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan Supra versi baharu sebelum akhir tahun hadapan.

Walaupun ia masih berada dalam ruangan spekulasi, harus diingat, nama Supra itu sendiri adalah satu jenama yang besar dan Toyota harus mengambil langkah progresif untuk tidak membazirkannya. SUMBER BERITA HARIAN

Sunday, February 16, 2014

Mengapa kereta Proton murah di luar negara?

SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.


Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.