Wednesday, December 26, 2012

DIAGRAM/WIRING METER MIRA L200S KE KANCIL 850/660






Ini merupakan panduan untuk anda yang nak wiring meter mira daihatsu l2/l2s ke kancil 660 atau 850.. Mudah jer buat sendiri senang tak payah hantar kedai..jimat duit ilmu pun dapat


sumber dari forum kcarlife
http://www.kcarlife.com/forum/showthread.php?tid=29303


TAG: wiring meter l200s l500s mira l2s kancil mira daihtsu diagram meter l200s

PANDUAN UNTUK KENDERAAN YANG BERCERMIN GELAP


PANDUAN KENDERAAN BERCERMIN GELAP



Sebelum kita berbicara mengenai cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
Pemangku Raja sesuatu Negeri .
Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
Bakal Raja sesuatu Negeri .
Bekas Raja sesuatu Negeri .
Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.


Kenapa Sekarang Banyak kereta bercermin GelapApabila kita melalui jalan – jalan raya utama negara, kita tidak lepas dari melihat terdapatnya kenderaan yang bercermin gelap, macamana mereka boleh memakai cermin gelap pada kenderaan? Sebenarnya orang – orang kebiasaan macam kita ni memang tidak dibenarkan memakai cermin gelap.Oleh kerana terdapatnya keberanian dan tidak takut disaman maka banyaklah hadirnya kenderaan – kenderaan yang bercirikan cermin gelap ini berada di atas jalan raya.

Faktor – faktor lain yang mengakibatkan pemakaian Cermin Gelap

- Sesetengah Kereta ‘import’ seperti model ‘estima, wish, caldina, alphard’ (sekadar menyebut beberapa nama model) memang datang dengan speksifikasi yang standard iaitu bercermin gelap pada bahagian sisi belakang kiri dan kanan, tujuan pemakaian ini di luar negara adalah bagi tujuan keselamatan. Bagi negara kita ini pemakaian cermin gelap ini memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu Pihak berwajib telah pun mengenakan undang – undang kenderaan bagi tujuan pemakaian cermin gelap ini dibawah akta pengangkutan jalan 1987.

- Oleh kerana kereta ini kebanyakan kereta import dan kenderaan ini memang asalnya bercermin gelap, maka dengan ini setiap kenderaan import tadi perlu menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum urusan pendaftaran kenderaan. Terdapat 2 jenis pemeriksaan kenderaan import di puspakom iaitu pemeriksaan kenderaan import terpakai dan pemeriksaan kenderaan import baru.

Puspakom boleh lulus

- Untuk tujuan kenderaan import ini kadar ketelusan cahaya adalah sama sahaja seperti kenderaan lain , iaitu kadar ketelusan cahaya cermin hadapan 70% keatas, cermin sisi kiri dan kanan serta belakang iaitu 50% ke atas. Jadi macamana kenderaan ini masih bercermin gelap?, mengikut apa yang diketahui, sesetengah ‘buyer’ ingin kenderaan mereka bercermin gelap, oleh yang demikian ejen yang menguruskan berkaitan dengan urusan kenderaan telah menukar cermin kenderaan mereka dengan cermin yang cerah mengikut spesifikasi ditetapkan, ada sesetengah lagi yang menyewa cernin cerah ini tadi bagi tujuan pemeriksaan, dan cermin tersebut dipasang dengan sempurna pada kenderaan.

- oleh itu pihak puspakom tidak dapat menggagalkan kenderaan tersebut dan diberikan status lulus kerana memang ianya datang dengan bercermin cerah, selain itu juga puspakom turut mengambil gambar kenderaan import yang datang untuk pemeriksaan bagi tujuan rujukan untuk hal – hal yang berbangkit. Selepas kenderaan itu diperiksa dan lulus kemungkinan cermin tadi telah ditukar kembali dengan cermin yang asal iaitu cermin gelap.

Tips Untuk Memasang Tinted Kenderaan yang Mengikut piawaian.

- Bagi pemasangan tinted mudah je teori dia.. kalau pasang tinted yang mahal, mesti lulus punya. Okay tak macam tu? Tak okay?, emm macam ni ye kebanyakan tinted – tinted yang mahal ini memang boleh lepas pemeriksaan kadar ketelusan cahaya, dan memang dapat membantu mengurangkan kadar kepanasan dalam kenderaan, terdapat beberapa jenis tinted yang terang tapi sejuk je duduk kat dalam bila waktu tengahari macamtu.. tapi walau bagaimana pun elakan memasang tinted sampai berlapis – lapis, ada yang pasang tinted sampai 3 lapis, kalau macam ni memang tak akan lulus pemeriksaan walau mahal macamana pun tintednya..

- Kalau memang nak gelap bolehlah memasang tinted yang murah dan berlapis - lapis, macam kereta saya pun pasang sampai 3 lapis… gelap je.. sampai orang luar nak tengok dalam pun tak nampak, semua tu di lakukan atas faktor keselamatan, (takde sebab lain ye )

- Terpulang kepada individu itu sebenarnya , samada nak memilih tinted yang gelap atau cerah, kalau rasa boleh bayar saman sampai rm500.00 takpe.. takde masalah.. boleh je pakai cermin gelap.



Tips Nak Lepas cermin Gelap (Sekatan Jalan Raya)

- bila dah pakai cermin gelap ni bila ada ‘roadblock’ mesti kita nak lepas kan.. kat sini ada beberapa cara boleh di praktikan..

Menurunkan semua tingkap tadi dengan alasan ‘aircond rosak’
Jalan buat selamba “harap – harap diaorang tak perasan”.
Patah balik kalau sempat. “langkah paling bijak”.
- tapi kalau dah kantoi jangan panik ye ikuti langkah tersebut:-

Kalau minta i.c dan lesen bagi kerjasama.
Kalau keluarkan saman, tandatangan je saman tu ye.
Kalau dia ukur, pastikan alat tersebut telah ditentu ukur oleh pihak sirim. macamana nak tahu keputusan tu sah atau tak sah kalau alat yang digunakan tidak disahkan.
Kalau takde saman yang dikeluarkan kemungkinan pg3 akan dikeluarkan supaya kenderaan yang bercermin gelap tadi hadir semula ke mana – mana JPJ berdekatan untuk tunjuk semula.
Permohonan Memasang cermin Gelap.
Kalau rasa dah tak boleh kena cahaya matahari, sakit kulit boleh mohon untuk memakai cermin gelap ni.. 

http://portal.jpj.gov.my/index.php?o...uasaan&lang=ms



CERMIN GELAP, PANDUAN JPJ , CERMIN CROMAKS CERMIN CROMAX TINTED PANDUAN TINTED KERETA , SAMAN JPJ

Thursday, December 20, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Lelaki Misteri Dan Cerita Disebalik Tragedi Kereta Terbang Di Mersing

Lokasi kemalangan ini katanya di Felda Nitar, Mersing, Johor.

Yang pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh ‘terbang’ sampai macam tu sekali?

Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe

Atau mungkinkah anda ada maklumat yang nak dikongsikan mengenai kemalangan ini?

Apalagi, jomlah kongsi!

Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni...
bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni..


Akak mmg tinggal di Mersing,suami akak seorang guru...
Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing..
Baru je..lebih kurang setahun yang lepas...

suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb??
Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..mmg dia selalu ngantuk..
jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya..
maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit...
Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang

Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yang menyebabkan kemalangan maut...
Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian..

Ok..pendekan citer..
Baru beberapa minggu suami akak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar...
tak de la lama mana sangat pun
selalunya dalam 40 min sampailah...

Pada hari kejadian tu..
suami akak berada dalam opis..
macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja..,
masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja..

Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de...
jangan kan dia,akak pun rasa pelik..
sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat
lagi la pelik..

sedangkan semua staff dah balik
tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik..
besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya

Pearsaan dia pun dah lain macam jer..
seram sejuk..

1.30 petang:

Hujan gerimis...hari panas..
Jalanraya lengang..sunyi sepi..
sebuah kenderaan pun tak de..
Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal.


Jalan Nitar-Mersing
Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya..

Siapa??Rapat sungguh ..

sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak..
Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat..
namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali
Yang lebih pelik..
enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran..

Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi..
Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan...


Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama...

hari ke 3:

ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip

Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan...
sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu

Jadi siapa??
Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya...
namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib??

Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga?
atau ianya suatu kebetulan??

Wallahuallam...

Monday, November 26, 2012

MOTOR WIPER BONET BELAKANG L200S WITH CHROME WIPER BLADE

Item: MOTOR WIPER BONET BELAKANG L200S WITH CHROME WIPER BLADE
Description: CUN..TERBAIK 100 peratus..BERFUNGSI DENGAN BAIK..PERCUMA WIPER BLADE CHROME
Price:RM100
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect, POS
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No: 0199177226- ABU




BUMBUNG OMBAK L200S HITAM

Item: BUMBUNG OMBAK DAIHATSU MIRA L200S HITAM
Description: CUN..TERBAIK 100 peratus..TIDAK ADE CRACK..
Price:RM180
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect, ambik sendiri
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU



ICE: CORROZZERIA SUBWOOFER WITH POWER AMP ADDZEST

Item: CORROZZERIA SUBWOOFER WITH POWER AMP ADDZEST
Description: BARANG SUDAH DI UJI SPEAKER TIADA PECAH DAN POWER AMP BERFUNGSI SESUAI UNTUK BOOTH KANCIL DAN SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN..PEMASANGAN TIDAK DISEDIAKAN..TERIMA KASIH
Price:RM400
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect, ambik sendiri
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU







Tuesday, November 20, 2012

ARM REST L200s FOR KANCIL

assalamualaikum
arm rest l200/l500
condition cemerlang
0199177226-abu
INI BUKAN JANJI TAPI PASTI

Wednesday, October 31, 2012

BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA BR1M 2.0


DOWNLOAD BORANG  BR1M  / ONLINE BR1M 


Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M 2.0.Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas
Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar
Isi RumahSyarat
Bantuan RM500
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Untuk info,penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua.Mereka telah layak secara automatik
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
BR1M 4 borang br1m 2.0 : pemohon baru
BR1M 3 borang br1m 2.0 : pemohon baru
Individu (Bujang) berumur 21 tahun keatas berpendapatan RM2000 ke bawah layak menerima bantuan RM250
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun dudaSyarat
Bantuan RM250
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang ingin mendapatkan borang tersebut secara online boleh muat-turun (Download) dalam ruangan ini jika borang BR1M sudah diedarkan nanti
(Dalam pada itu jika terdapat informasi terbaru mengenai BR1M 2.0,admin akan mengemaskini di sini)
entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web www.hasil.gov.my
Ataupun melalui borang mulai 1 November 2012 dan bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun 2013
entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru(31 Oktober)
Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru(1 November)
Perdaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (Isi Rumah) dan bantuan tunai RM250 (Individu Bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) dibawah
Jika pemohon masih keliru dengan syarat permohonan sila rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut
Manakala bagi panduan mengisi borang mengunakan Sistem Dalam Talian sila klik pada tajuk pautan disertakan
Untuk mengisi borang permohonan secara manual pemohon boleh memuat turun borang permohonan klik pada tajuk pautan dibawah
Borang yang sudah dilengkapkan dengan salinan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada lokasi yang dinyatakan


Read more: http://www.enciknakal.com/2012/10/borang-br1m-2-0-pemohon-baru.html#ixzz2Aw7znIAr

PERHATIAN!! Jika anda trnampak sesiapa yg memiliki alat ini sila hubungi pihak polis dgn segera.Alat ini digunakan untuk mencuri kenderaan..

Perhatian..
Jika anda trnampak sesiapa yg memiliki alat ini sila hubungi pihak polis dgn segera.Alat ini digunakan untuk mencuri kenderaan..

Thursday, October 18, 2012

LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU NEGERI SELANGOR

NEGERI : SELANGOR 
Bil. Lokasi Route No Daerah Logitude Latitude Had Laju
1 KM7.8, PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, PELABUHAN KLANG F0002 Klang 101.438742 3.034155 
2 JLN SG TUA - ULU YAM B023 Selayang 101.670643 3.400507 60
3 KM15.2 LEBUH RAYA PERSEKUTUAN F0001 Shah Alam 101.53934 3.06906 80
4 KM10. 8 LEBUH RAYA PERSEKUTUAN (KL-KLANG) F0001 Shah Alam 101.51785 3.06562 80
5 KM 15 JLN KL - IPOH F0001 Selayang 101.651485 3.249251 80
6 KM17.2 JALAN KLANG- BANTING- PORT DICKSON F0005 Banting 101.4672 2.9048 80
7 JALAN PELABUHAN UTARA B0006 Klang 101.388102 3.0313927 
8 JALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG F0015 Petaling Jaya 101.560321 3.122904 
9 JALAN PELABUHAN BARAT Z0334 Klang 101.307646 2.945704 
10 PERSIARAN SULTAN IBRAHIM F0004 Klang 101.455092 3.050161 
11 JALAN BATU CAVES BY PASS F0002 Selayang 101.696835 3.236883 90
12 KM65 JLN KLANG - TELUK INTAN F0005 Kuala Selangor 101.155328 3.445512 90
13 BATU 6 1/2 JLN GOMBAK LAMA - SETAPAK F0068 Selayang 101.7141 3.2259 60
14 JALAN PUNCAK ALAM -SHAH ALAM B0002 Shah Alam 101.46057 3.1893 60
15 KM 25 JALAN KLANG-BANTING-PORT DICKSON F0005 Banting 70
16 LINGKARAN TENGAH KG PANDAN F0002 Ampang 101.743526 3.142787 
17 KM20 JLN KUALA SELANGOR - KUALA LUMPUR (IJOK) F0054 Kuala Selangor 101.406 3.313 60
18 KM35, JLN KUALA SELANGOR - KUALA LUMPUR (SAUJANA) F0054 Kuala Selangor 101.473234 3.244282 60
19 JLN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND B066 Kuala Kubu Baru 101.689101 3.439851 70
20 JLN SELAYANG - KEPONG BY PASS B54 Selayang 101.622334 3.236883 90
21 KM 25 JLN KL - IPOH F0001 Selayang 101.60324 3.30123 90
22 KM 15 JLN LINGKARAN TENGAH 2 F0002 Selayang 101.7238 3.2356 90
23 KM 35 JLN KUALA LUMPUR-IPOH SERENDAH F0001 Kuala Kubu Bahru 101.605 3.36647 90
24 KM 9 JALAN PERKELILING KLIA, KLIA F027 Sepang 101.7296 2.7433 90
25 KM 73 JLN KUALA LUMPUR-IPOH F0005 Kuala Kubu Bahru 101.556086 3.6463126 60
26 BATU 6 1/2 PERSIARAN HAMZAH ALANG, MERU B0004 Klang 101.18'54'' 003.6'30'' 70
26 KM55 JLN KLANG - TELUK INTAN F0005 Kuala Selangor 101.220121 3.391333 90
27 KM11 JALAN KLANG-BANTING-PORT DICKSON F0005 Banting 101.4689 2.9553 90
28 KM30 JLN KLANG - TELUK INTAN (JERAM) F0005 Kuala Selangor 101.314887 3.228665 90
29 KM 35 JALAN TELUK INTAN KLANG F0005 Sabak Bernam 70
30 KM 29.4 LEBUH RAYA PERSEKUTUAN KLANG -KL F0002 Petaling Jaya 90
31 KM 8.9 JLN SALAK TINGGI/BUKIT CHANGGANG B020 Sepang 
32 KM 7 JLN RAWANG - BATANG BERJUNTAI B027 Selayang 101.53054 3.317639 60
33 KM 6 JLN BTG KALI-GENTING HIGHLAND B066 Kuala Kubu Baru 70
34 JLN SETIA ALAM B0006 Shah Alam 101.448956 3.108635 70
35 JLN PERSIARAN APEC (CYBERJAYA) B015C Sepang 70
36 BERHAMPIRAN WRP SALAK TINGGI B020 Sepang 70
37 JALAN KAJANG PUCHONG (BERHAMPIRAN IOI) B0011 Sepang 101.7086 2.9732 80
38 JLN PERSIARAN APEC (CYBERJAYA) ARAH UTARA B015 Sepang 101.6646 2.9395 50
39 KM40 JALAN KLANG-BANTING-PORT DICKSON F0005 Banting 101.4624 2.7831 60
40 KM 6 JALAN KAJANG - BANTING B17 Kajang 70
41 KM 4.6 JALAN KAJANG-PUCHONG (SKVE) B0011 Sepang 101.7084 2.9734 90
42 PERSIARAN JUBLI PERAK SEK 19 Z0007 Shah Alam 101.53872 3.04983 70
43 JALAN SUBANG B0001 Shah Alam 
44 KM 46 JLN KUALA LUMPUR-IPOH ULU YAM LAMA F0003 Kuala Kubu Bahru 101.635489 3.451878 80
45 LEBUH RAYA HULU LANGAT (AMPANG) B0002 Ampang 
46 JLN BARU DENGKIL-CYBERJAYA B0015 Sepang 101.6586 2.8925 80
47 JALAN DENGKIL-BANGI B0018 Sepang 101.7264 2.8857 60
48 JLN NILAI-SALAK TINGGI-BUKIT CHANGGANG B020 Sepang 101.6838 2.8005 90
49 JLN SEPANG-SALAK (TAMAN DESA INDAH) B048 Sepang 101.7565 2.6998 60
50 KM 3.5,JLN ULU YAM BHARU - SG TUA B023 Kuala Kubu Baru 60
51 KM24.5 JLN KLANG - TELUK INTAN F0005 Kuala Selangor 101.31702 3.17037 90
52 KM 6.6 JALAN KAJANG-PUCHONG (SKVE) B0011 Sepang 101.684579 2.972806 90
53 KM 301.9 KAJANG E0001 Kajang 2.97565 101.71394 90
54 KM 420 LEBUH RAYA UTARA SELATAN E0001 Kual Kubu Baru 101.531496 3.4946 110
55 KM 434.3 LEBUH RAYA UTARA SELATAN E0001 Kual Kubu Baru 101.561879 3.376843 110
56 KM13.1 LEBUH RAYA NKVE SUBANG - SHAH ALAM E0001 Shah Alam 101.5838 3.10198 110
57 KM9.9 LEBUH RAYA NKVE SHAH ALAM-SUBANG E0001 Shah Alam 101.5568 3.09383 110
58 KM 30.8 LEBUH RAYA KESAS KL-KLG E0005 Shah Alam 101.542191 3.023395 90
59 KM 45.4 LEBUH RAYA KESAS E0005 Subang Jaya 101.646747 3.06992 80
60 KM 16.6 LEBUHRAYA ELITE E0006 Banting 101.5832 2.9587 110
61 KM 22.8 LEBUHRAYA KL - PUTRAJAYA E0006 Sepang 101.661 2.9681 90
62 KM 32 LEBUHRAYA KARAK E0008 Selayang 101.7569 3.3322 90
63 LEBUH RAYA BESRAYA KM 2.5 E0009 Subang Jaya 101.71805 3.02061 60
64 KM 24.4 LEBUH RAYA LDP E0011 Subang Jaya 101.61165 3.02013333 80
65 LEBUH RAYA DAMANSARA PUCHONG-JALAN MOTOROLA E0011 Petaling Jaya 101.28'41'' 003.7'9'' 60
66 KM 2.5 LEBUH RAYA LKSA E0013 Shah Alam 101.31626 3.01662 80
67 KM 10 LEBUH RAYA SILK E0018 Kajang 101.775867 3.029786 110
68 LEBUH RAYA SPRINT E0023 Petaling Jaya 101.63939 3.130636 60
69 KM 6.5 LEBUH RAYA SELAT KLANG UTARA E0030 Klang 101.409355 3.057596 50
70 KM 19.4 LEBUH RAYA GUTHRIE CORRIDOOR E0035 Selayang 101.53 3.237 110
71 KM 2.8 LEBUH RAYA GUTHRIE CORRIDOR E0035 Shah Alam 101.68309 3.0019 80
72 KM 17.7 LEBUH RAYA KUALA LUMPUR-PUTRAJAYA E0037 Subang Jaya 101.68309 3.0019 90
73 KM 16 LEBUH RAYA CHERAS-KAJANG E007 Kajang 101.775867 3.0480833 80