Wednesday, December 26, 2012
PANDUAN UNTUK KENDERAAN YANG BERCERMIN GELAP
PANDUAN KENDERAAN BERCERMIN GELAP
Sebelum kita berbicara mengenai cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.
Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
Pemangku Raja sesuatu Negeri .
Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
Bakal Raja sesuatu Negeri .
Bekas Raja sesuatu Negeri .
Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Kenapa Sekarang Banyak kereta bercermin GelapApabila kita melalui jalan – jalan raya utama negara, kita tidak lepas dari melihat terdapatnya kenderaan yang bercermin gelap, macamana mereka boleh memakai cermin gelap pada kenderaan? Sebenarnya orang – orang kebiasaan macam kita ni memang tidak dibenarkan memakai cermin gelap.Oleh kerana terdapatnya keberanian dan tidak takut disaman maka banyaklah hadirnya kenderaan – kenderaan yang bercirikan cermin gelap ini berada di atas jalan raya.
Faktor – faktor lain yang mengakibatkan pemakaian Cermin Gelap
- Sesetengah Kereta ‘import’ seperti model ‘estima, wish, caldina, alphard’ (sekadar menyebut beberapa nama model) memang datang dengan speksifikasi yang standard iaitu bercermin gelap pada bahagian sisi belakang kiri dan kanan, tujuan pemakaian ini di luar negara adalah bagi tujuan keselamatan. Bagi negara kita ini pemakaian cermin gelap ini memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu Pihak berwajib telah pun mengenakan undang – undang kenderaan bagi tujuan pemakaian cermin gelap ini dibawah akta pengangkutan jalan 1987.
- Oleh kerana kereta ini kebanyakan kereta import dan kenderaan ini memang asalnya bercermin gelap, maka dengan ini setiap kenderaan import tadi perlu menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum urusan pendaftaran kenderaan. Terdapat 2 jenis pemeriksaan kenderaan import di puspakom iaitu pemeriksaan kenderaan import terpakai dan pemeriksaan kenderaan import baru.
Puspakom boleh lulus
- Untuk tujuan kenderaan import ini kadar ketelusan cahaya adalah sama sahaja seperti kenderaan lain , iaitu kadar ketelusan cahaya cermin hadapan 70% keatas, cermin sisi kiri dan kanan serta belakang iaitu 50% ke atas. Jadi macamana kenderaan ini masih bercermin gelap?, mengikut apa yang diketahui, sesetengah ‘buyer’ ingin kenderaan mereka bercermin gelap, oleh yang demikian ejen yang menguruskan berkaitan dengan urusan kenderaan telah menukar cermin kenderaan mereka dengan cermin yang cerah mengikut spesifikasi ditetapkan, ada sesetengah lagi yang menyewa cernin cerah ini tadi bagi tujuan pemeriksaan, dan cermin tersebut dipasang dengan sempurna pada kenderaan.
- oleh itu pihak puspakom tidak dapat menggagalkan kenderaan tersebut dan diberikan status lulus kerana memang ianya datang dengan bercermin cerah, selain itu juga puspakom turut mengambil gambar kenderaan import yang datang untuk pemeriksaan bagi tujuan rujukan untuk hal – hal yang berbangkit. Selepas kenderaan itu diperiksa dan lulus kemungkinan cermin tadi telah ditukar kembali dengan cermin yang asal iaitu cermin gelap.
Tips Untuk Memasang Tinted Kenderaan yang Mengikut piawaian.
- Bagi pemasangan tinted mudah je teori dia.. kalau pasang tinted yang mahal, mesti lulus punya. Okay tak macam tu? Tak okay?, emm macam ni ye kebanyakan tinted – tinted yang mahal ini memang boleh lepas pemeriksaan kadar ketelusan cahaya, dan memang dapat membantu mengurangkan kadar kepanasan dalam kenderaan, terdapat beberapa jenis tinted yang terang tapi sejuk je duduk kat dalam bila waktu tengahari macamtu.. tapi walau bagaimana pun elakan memasang tinted sampai berlapis – lapis, ada yang pasang tinted sampai 3 lapis, kalau macam ni memang tak akan lulus pemeriksaan walau mahal macamana pun tintednya..
- Kalau memang nak gelap bolehlah memasang tinted yang murah dan berlapis - lapis, macam kereta saya pun pasang sampai 3 lapis… gelap je.. sampai orang luar nak tengok dalam pun tak nampak, semua tu di lakukan atas faktor keselamatan, (takde sebab lain ye )
- Terpulang kepada individu itu sebenarnya , samada nak memilih tinted yang gelap atau cerah, kalau rasa boleh bayar saman sampai rm500.00 takpe.. takde masalah.. boleh je pakai cermin gelap.
Tips Nak Lepas cermin Gelap (Sekatan Jalan Raya)
- bila dah pakai cermin gelap ni bila ada ‘roadblock’ mesti kita nak lepas kan.. kat sini ada beberapa cara boleh di praktikan..
Menurunkan semua tingkap tadi dengan alasan ‘aircond rosak’
Jalan buat selamba “harap – harap diaorang tak perasan”.
Patah balik kalau sempat. “langkah paling bijak”.
- tapi kalau dah kantoi jangan panik ye ikuti langkah tersebut:-
Kalau minta i.c dan lesen bagi kerjasama.
Kalau keluarkan saman, tandatangan je saman tu ye.
Kalau dia ukur, pastikan alat tersebut telah ditentu ukur oleh pihak sirim. macamana nak tahu keputusan tu sah atau tak sah kalau alat yang digunakan tidak disahkan.
Kalau takde saman yang dikeluarkan kemungkinan pg3 akan dikeluarkan supaya kenderaan yang bercermin gelap tadi hadir semula ke mana – mana JPJ berdekatan untuk tunjuk semula.
Permohonan Memasang cermin Gelap.
Kalau rasa dah tak boleh kena cahaya matahari, sakit kulit boleh mohon untuk memakai cermin gelap ni..
http://portal.jpj.gov.my/index.php?o...uasaan&lang=ms
CERMIN GELAP, PANDUAN JPJ , CERMIN CROMAKS CERMIN CROMAX TINTED PANDUAN TINTED KERETA , SAMAN JPJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment