Wednesday, December 31, 2014

Pencari Harta Karun Temui Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Tanah (7 Gambar)


Pencari Harta Karun Temui Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Tanah (7 Gambar)





Menurut sumber dari sebuah blog, gambar ini di ambil di Rusia ketika sekumpulan pencari harta karun telah mengesan satu objek di dalam tanah dengan menggunakan alat pengesan logam yang di sangkakan barang berharga.

Tetapi apabila tanah di korek, penemuan yang mengejutkan, apa yang mereka ketemui ialah sebuah motosikal berusia kira-kira 80 tahun. (Krasnyi Oktyabr) L-300, atau asal DKW Luxus 300.

Tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu boleh tertanam begitu lama, dan kemungkinan besar para pengkaji mengagak bahawa motosikal tersebut digunakan oleh para tentera pada era perang dunia kedua sekitar tahun 40-an.





Monday, December 22, 2014

#MH370: AHLI KELUARGA DIMINTA MEMBERIKAN SAMPEL DNA, ADAKAH INI SATU PETANDA?

#MH370: AHLI KELUARGA DIMINTA MEMBERIKAN SAMPEL DNA, ADAKAH INI SATU PETANDA? 




KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengesahkan tentang keiinginan syarikat berkenaan dan pihak berkuasa untuk mengambil sampel DNA mereka.

Pengumuman dibuat pada satu taklimat selama dua jam yang diadakan di Akademi MAS, Kelana Jaya pada malam Selasa.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Jelawati Jalil yang merupakan isteri kepada salah seorang penumpang MH370, Safuan Ramlan, berkata beliau bersama ahli keluarga belum membuat keputusan jika ingin memberi sampel DNA atau tidak.

"Tetapi disebabkan belum jumpa apa-apa (kapal terbang), buat apa nak beri sampel?" katanya.

Beliau tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan dan diwakili adik iparnya.

"Saya turut diberitahu bahawa mereka (pihak MAS) belum memutuskan tarikh dan di mana sampel DNA akan diambil," katanya ringkas.

Sementara itu, anak kepada ketua pramugara MH370, Andrew Nari, iaitu Maira Elizabeth Naira tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan kerana harus menduduki peperiksaan.

Beliau akui terima berita tentang sampel DNA itu namun tidak diberitahu bila ia akan dilakukan.

"Apabila saya dengar mereka mahu ambil sampel DNA, saya rasa tidak sedap hati pula. Ia seakan mereka semua sudah tiada.

"Semua ini mengelirukan. Saya sendiri tidak faham," katanya kepada Astro AWANI.

Mengikut laporan The Malaysian Insider, Syafinaz Hasnan, yang merupakan adik perempuan kepada pramugara Mohd Hazrin Hasnan, hadir pada sesi taklimat berkenaan...
"Mereka (MAS) berkata kami perlu memberi sampel DNA untuk disimpan oleh pihak berkuasa jika bangkai pesawat ditemui," katanya...

Beliau turut bertanya kepada pihak MAS ketika sesi taklimat bila ia akan dilakukan...

"Kami diberitahu bahawa kami boleh beri sampel malam ini (malam Selasa), namun kita tidak nampak pasukan perubatan....

"Saya tertanya-tanya bagaimana mereka akan melakukannya. Adakah mereka mengharapkan kita untuk mendapatkan putik kapas dan meleret mulut kami untuk air liur dan menyerahkannya kepada mereka?" tanya beliau kepada portal berkenaan....

Untuk tragedi MH17, 16 kumpulan petugas dari Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam proses pengambilan sampel darah atau 'buccal swap' daripada anggota keluarga....

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac....