Wednesday, June 19, 2013
KANCIL/MIRA DAIHATSU DOOR WITH 4 POWER WINDOW.
Item: KANCIL/MIRA DAIHATSU DOOR WITH 4 POWER WINDOW.
Description:ITEM TESTED,COME WITH AUTO SIDE MIRROR AND GREEN GLASS WINDOW..
Price:RMSOLD
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect,
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
WOOFER BOX BRAND FUSION(SOLD)
Item: WOOFER BOX BRAND FUSION
Description: ITEM FULLY TESTED/SUITABLE FOR ANY CAR.. sound mantap
Price:RMSOLD
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect,
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
Website: http://besihitamautopart.blogspot.com/
Description: ITEM FULLY TESTED/SUITABLE FOR ANY CAR.. sound mantap
Price:RMSOLD
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect,
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
Website: http://besihitamautopart.blogspot.com/
SEAT L5 AVANZATO TAG MERAH FOR KANCIL
Item: KANCIL SEAT L5 AVANZATO RED TAG (RARE)
Description: GOOD CONDITION,VERY RARE ITEM..PLUG N PLAY TO KANCIL
Price:RMSOLD
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect,
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
Website: http://besihitamautopart.blogspot.com/
Description: GOOD CONDITION,VERY RARE ITEM..PLUG N PLAY TO KANCIL
Price:RMSOLD
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect,
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
Website: http://besihitamautopart.blogspot.com/
KARPET GETAH MIRA DAIHATSU L200s
Item: RUBBER CARPET MIRA DAIHATSU FOR KANCIL
Description: 5/10 HALFCUT CONDITION
Price:
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect,
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
Sunday, June 9, 2013
SISTEM NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN DI MALAYSIA
Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia
Hari-hari kita akan melihat nombor pendaftaran kenderaan secara sedar atau tidak. Jika nombor itu menarik atau unik, sudah pasti anda akan mengingatinya. Apakah anda sudah cukup kenal dengan sistem nombor pendaftaran kenderaan atau yang mudah dikenali sebagai nombor plat ini? Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia adalah plat yang memaparkan nombor pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia, seperti yang termaktub dalam undang-undang kerajaan Malaysia. Kebenaran mengisukan nombor pendaftaran ini dilakukan dan dipantau oleh Kementerian Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Sejarah
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.
Rekabentuk Plat
Terdapat tiga rekabentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang diluluskan oleh JPJ (klik untuk spesifikasi) iaitu,
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
- Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Kod Kawasan
Memandangkan Malaysia mempunyai 14 buah negeri dan wilayah persekutuan, huruf awalan digunakan bagi membezakan setiap negeri, wilayah dan kawasan dalam sesebuah negeri.
- A: Perak
- B: Selangor
- C: Pahang
- D: Kelantan
- J: Johor, termasuk Kerajaan Johor (JDT 1 hingga JDT 10) dan Johor Ketenteraan Tentera (Askar Timbalan Setia Negeri) (JMF)
- K: Kedah, termasuk Langkawi (KV)
- M: Melaka
- N: Negeri Sembilan
- P: Pulau Pinang
- Q: Sarawak
QA dan QK: Bahagian Kuching
QB: Bahagian Sri Aman
QC: Bahagian Samarahan dan Betong
QL: Bahagian Limbang
QM: Bahagian Miri
QP: Bahagian Kapit
QR: Bahagian Sarikei
QS: Bahagian Sibu dan Mukah
QT: Bahagian Bintulu
QSG: Kerajaan Sarawak - R: Perlis
- S: Sabah
SA dan SAA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
SG: Kerajaan - T: Terengganu (plat T & TA digunakan oleh Kelantan)
- L: WP Labuan
- Putrajaya: WP Putrajaya
- W: WP Kuala Lumpur
Lain-lain
JPJ turut mengkhaskan beberapa plat kenderaan kepada kenderaan khas lain seperti teksi yang menggunakan profix awalan H, LIMO untuk perkhidmatan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pegawai diplomat antarabangsa (11-22-DC) dan kenderaan Tentera Malaysia (ZA, ZZ, ZD, ZU dan ZZ). Selain daripada itu, JPJ turut mengeluarkan plat kenderaan untuk acara-acara besar seperti SUKOM, XII NAM, X OIC, XI ASEAN, XXX IDB dan BAMBee. Turut dikeluarkan adalah plat untuk pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Lotus, Naza, Waja, Wira, Saga, Satria, Tiara, Perdana dan Kriss.
JPJ turut mengkhaskan beberapa plat kenderaan kepada kenderaan khas lain seperti teksi yang menggunakan profix awalan H, LIMO untuk perkhidmatan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pegawai diplomat antarabangsa (11-22-DC) dan kenderaan Tentera Malaysia (ZA, ZZ, ZD, ZU dan ZZ). Selain daripada itu, JPJ turut mengeluarkan plat kenderaan untuk acara-acara besar seperti SUKOM, XII NAM, X OIC, XI ASEAN, XXX IDB dan BAMBee. Turut dikeluarkan adalah plat untuk pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Lotus, Naza, Waja, Wira, Saga, Satria, Tiara, Perdana dan Kriss.
Wednesday, April 17, 2013
DEN TERKONOOO..DEN TERKONOOO..
ni jer puncanya yang menyebabkan aku kena berenti 10 kali..dah la kena jekpot dengan bengkel kat puchong..tunggu dia cari hos nak ganti bende ni saje aku kena tunggu dalam 3 jam..mati kutu aku terkial2 kat bengkel tu xtau nak watpe..last2 aku xtahan tunggu aku pegi jalan kaki cari sendiri hos ni kat bengkel lain..akhirnya jumpa saiz lebih kurang sama..aku bayar rm5..ok la tu daripada aku terus menunggu dan tak tau bila barang yang runner bengkel tu leh dapat..aku pun pasang la sendiri hos tu dengan disaksikan pekerja2nya yang lain..siap pasang jer terus aku masukkan air dan start kereta..Alhamdulillah settle masalah aku..yang buat aku bengang, bila aku tanya berapa upah?dengan memikir agak lama dia pun bagitau upah sahaja rm60..rm60?? bior betul bro?? ye la..standard harga la tu.. ni kereta kancil bro..lagipun saya pasang sendiri dan cari barang sendiri takkan sampai rm60?? tadi kenapa x jadi ambik hos yang saya order?? sape yg kata x jadi bro..bro bayangkan la saya tunggu dari pukul 11 sampai skang dah kul 230 ptg..bro punyer runner baru bangun kul 12..saya nak pergi kerja, kena cepat..lagipun tukar hos jer..tu pun saya usaha sendiri..kalau tak sampai kul berapa sy kene tunggu runner bro tu balik.?ok la takpe la bro..saya bayar rm60 kat bro k..terima kasih..dalam hati aku..demm!! aku dah la sengkek ni..
masa nak blah dari bengkel tu dia pun datang dekat dengan kereta aku..pastu dia cakap kereta kau ni semput oil seal dah terbakar ni..kena top overhaul..kalau x kereta ni akan terus bermasalah.. yeker bro?? ye laa.. aku tau la aku pomen.. agak2 berape yer upah nak top overhaul ni? stanby la dalam rm700 or rm800... aku pun ermmm ok la bos terima kasih..aku pun blah la bawak kereta aku yang semput tu..aku betul2 tak puas hati bila dia cakap suh buat top overhaul..aku pun dalam perjalanan nak ke Klang..aku singgah Glenmarie nak tanya specialist kancil tentang masaalah kereta aku yg semput ni..
sampai kat Glenmarie aku terus ke bengkel specialist buat kancil jer..Alhamdulillah masa aku sampai aku cerita masaalah kereta aku and then diorang terus cek kereta aku..ini kemungkinan plug dah lama tak tukor ataupun masalah coil..takpe nanti aku cek..kate brader tu..dia pun taruk la plug baru kat kereta aku tu dan dia terus pegi test..dalam seround dia pusing dia pun suruh aku test..aku pun test..Alhamdullillah masaalah semput tiada lagi..kembang dada aku bila aku rasa enjin aku dah smooth balik..aku pun seperti biasa la tanya la upah dan harga barang tu.. brader tu mintak rm30 jer..untuk harga plug dan harga upah dia..ok la tu..bagi aku..aku bajet kena rm2000 dah ni..mampusss..kekeke
dalam hati aku cilake tul mamat tadi suh aku overhoul kereta aku sampai rm700 padahal tukar plug rm30 jer dah settle masalah semput tadi..huh..dugaan betul..nasib baik la aku ni tak berapa BODO kalau x memang jadi mangsa la..mentang2 aku sikat rambut belah tepi pakai seluar yengkiee bertali leher yg menjerut leher dipadankan pula dengan kasut cap kude...kekeke..tapi sory la kecerdikan aku melebihi dari kecerdikan dia..kekeke.. aku cerita la kat brader tu..brader tu hanya mampu tergelak jer..kehkehkeh..padan muke aku..
nasihat aku, walaupun kita ni hanya bawak kancil jer tak semestinya kita tak perlu ambik tahu perihal barang2 kereta dan enjin khususnya..banyak2 la membaca dan buat rujukan kepada bijak pandai k..biar dia nampak kita bodoh tapi ilmu kita biar penuh didada..kekadang bukan kita tak pandai nak buat sendiri tapi kita juga bukannya sentiasa ada masa untuk semua ni..so,ingatlah carilah pomen yang bertauliah..kalau bengkel dia banyak kancil sudah semestinya dia hebat tentang kancil kalau bengkel penuh dengan kereta evo sudah semestinya dia hebat pasal wira proton dan mitsubishi..
Ingat sebelum kena yer kawan2..sebelum saya akhiri syarahan saya pada hari ini terimalah tagline terbaru saya..COMEYYY TAK KAKTON??? COMEYYYYYYY.... kekekeke
Tuesday, April 9, 2013
Negara-Negara Pengeluar Kenderaan Di seluruh Dunia
sekadar perkongsian ilmu untuk anda yang ingin mengenali jenama jenama kereta dan dari mana asalnya..
JEPUN
-Daihatsu, Hino, Honda, Infiniti, Isuzu, Lexus, Mazda, Mitsubishi, Mitsuoka, Nissan, Subaru, Suzuki, Toyota
KOREA
-Daewoo, Hyundai, KIA, Ssangyong
-Aofeng, BAW, Besturn, Brilliance, BYD, Chana, Changhe, Chery, Dongfeng, Foton, Freewind, Geely, Great Wall, Gonow, Hafei, Haima, Hawtai, Hongqi, JAC, Jiaxing, Jinbei, Jubao, Kaima, Lifan, Maple, Nanjun, Qingling, Rely, Riich, Soueast, Soyat, Vita, Xiali, Youngman, Yuejin
-Kuozui
INDIA
-Mahindra, Tata
PAKISTAN
-Master
IRAN
-IKCO, Saipa
-Etox
MALAYSIA
-HICOM, Perodua, Proton
AUSTRALIA
-Bufori, Holden
USA
-Acura, Buick, Cadillac, Chevrolet, Chrysler, Dodge, Fisker, Ford, Freightliner, GMC, Jeep, Lincoln, Mack, Ram, Rossion, Saleen, Scion, Thomas Built, Vector, Western Star
UK
-Ascari, Aston Martin, Bentley, Ginetta, GKD, Jaguar, Land Rover, Lotus, McLaren, MG, Mini, Morgan, Noble, Rolls-Royce, Sebring, TVR, Vauxhall
-Audi, BMW, Gumpert, Isdera, Maybach, Mercedes-Benz, Man, Opel, Porsche, Setra, Smart, Volkswagen, Wiesmann
-Bugatti, Citroen, Hommell, Peugeot, PGO, Renault
-Abarth, Alfa Romeo, Ferrari, Fiat, Iveco, Lamborghini, Lancia, Maserati, Pagani
-Hispano, Seat
-Skoda
-Lada, VAZ
-Dacia
-NovaBus, Orion, Plethore, Prevost
-Koenigsegg, Saab, Scania, Volvo
-Litex
-Mastretta
-Spyker
Bawah Toyota:
- Lexus
- Scion
- Daihatsu
- Hino
Bawah GM (General Motors):
- Buick
- Cadillac
- Chevrolet
- Holden
- Opel
- Vauxhall
Bawah Volkswagen:
- Audi
- Bentley
- Bugatti
- Lamborghini
- Scania
- Seat
- Skoda
Bawah Hyundai:
- KIA
Bawah Ford:
- Lincoln
Bawah Nissan:
- Infiniti
Bawah Honda:
- Acura
Bawah Peugeot:
- Citroen
Bawah Renault:
- Dacia
Bawah Fiat:
- Abarth
- Alfa Romeo
- Ferrari
- Lancia
- Maserati
Bawah Daimler:
- Freightliner
- Master
- Maybach
- Mercedes-Benz
- Orion
- Setra
- Smart
- Thomas Built
- Western Star
Bawah Chrysler:
- Dodge
- Jeep
- Ram
Bawah BMW:
- Mini
- Rolls-Royce
Bawah Tata:
- Hispano
- Jaguar
- Land Rover
Bawah Geely:
- Maple
- Volvo
Bawah Proton:
- Lotus
Bawah Mahindra:
- Ssangyong
Monday, March 11, 2013
RIM COVER CHROME DAIHATSU MIRA/MOVE
Item: RIM COVER CHROME DAIHATSU FOR KCAR 13inch
Description:8/10..take from halfcut..barang cantik berkilat
Price:rm150
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc.
shipping method: Self collect, ambik sendiri
Location:PUTRAJAYA/SUNGAI BESAR
Contact No:0199177226-ABU
Thursday, March 7, 2013
NAK BUAT PERMINTAAN GAMBAR MODEL KERETA JEPUN
Ada sesiapa yang nak request gambar kereta model-model jepun boleh la mesej ke email saya k.. In Shaa Allah saya akan penuhi permintaan anda..
Thursday, February 28, 2013
Thursday, January 17, 2013
PUNCA PENGGUNAAN MINYAK PETROL BERTAMBAH
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.
Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
TAYAR HAUS PUNCA KENDERAAN BERGETAR
TIPS PENJAGAAN KERETA
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.
keywords: tayar haus tayar botak allignment, tayar lama, tayar rosak
Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Subscribe to:
Posts (Atom)