Monday, December 16, 2013

SUBARU BRZ MALAYSIA

Subaru BRZ sudah pun 'mendarat' di Malaysia pada harga RM247,461 (harga atas jalan termasuk insurans). Dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHC, kembar kepada 'Hachi-Roku' (Toyota 86) ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 200PS pada 7,000rpm dengan tork 205Nm di antara 6,400 - 6,600 rpm. Jentera ini mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 210km/j dengan catatan masa 0-100km/j hanya mengambil masa 8 saat! Mengikut catatan atas kertas, jentera ini menggunakan 7.1 liter bahan api untuk setiap 100km.

Apa Maksud CKD?? dan apa pula maksud CBU?

Ramai jugak yang bertanya apa dia CKD tu bang? Apa dia CBU tu bang? Puas jugak la aku nak terangkan satu-satu. Tapi tak apa itu tak menjadi masaalah bagi aku. Biasa la orang baru nak belajar mestilah banyak tanya. Ok kali ni aku akan terangkan serba sedikit apa itu maksud CKD dan CBU ok.. ini pun aku cedok dari kawan-kawan jugak..semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua k..



Apa maksud CKD?
CKD bermaksud Completely Knocked Down - Kereta akan masuk dalam bentuk parts dan akan dipasang balik dalam Malaysia.Tax yang dikenakan lebih rendah.

Apa maksud CBU?
CBU bermaksud Completely Built-Up - Kereta yang masuk adalah fully imported,sudah dipasang siap di negara pengeluar dan datang ke Malaysia hanya tunggu nak jalan.Cukai dikenakan lagi tinggi,mungkin kerana mahu membalancekan peluang mengutip cukai yang telah hilang akibat daripada pemasangan di luar negara



SAYA ADALAH PENIAGA ONLINE YANG BOLEH DIPERCAYAI..JANGAN RISAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan budiman. Sejak akhir ini pelbagai permasalahan yang melanda bagi penggiat bisnes online. Ramai dikalangan peniaga-peniaga online sekarang ni cuba membuat duit dan bisnes haram dengan cara menipu customer-customer online. ini menyebabkan pelanggan semua sudah kurang percaya dengan bisnes dalam talian ini.. saya serba sedikit terkena tempias daripada permasalahan ini.. 

Bagi pelanggan-pelanggan yang sudah lama dan sentiasa mengambil barang dengan saya ianya tidak mendatangkan masalah kerana mereka tahu bagaimana mahu berurusan dengan BESIHITAM AUTOPARTS.. Bagi pelanggan-pelanggan baru yang ingin berurusniaga dengan saya rasanya anda tidak perlu risau dan pening kepala sebab saya berbisnes secara jujur.. bisnes saya adalah untuk tampung keluarga sahaja bukan untuk peroleh kekayaan.. dibawah ini saya tempekkan sedikit testimoni yang mana saya baru nak printscreen..yang lama-lama punya sudah terpadam.. Selepas ini Insha Allah saya akan update testimoni semua k..

Terima Kasih banyak-banyak kepada pelanggan setia BESIHITAM AUTOPARTS.. Anda adalah tulang belakang saya. Saya akan genggam kepercayaan yang telah anda beri kepada saya.. kepada pelanggan baru, selamat datang dan selamat bermotorsport..
segala kekeliruan,teguran ataupun pandangan bolehlah menghubungi saya
0199177226-abu