Sunday, June 9, 2013

SISTEM NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN DI MALAYSIA

Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia

Hari-hari kita akan melihat nombor pendaftaran kenderaan secara sedar atau tidak. Jika nombor itu menarik atau unik, sudah pasti anda akan mengingatinya. Apakah anda sudah cukup kenal dengan sistem nombor pendaftaran kenderaan atau yang mudah dikenali sebagai nombor plat ini? Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia adalah plat yang memaparkan nombor pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia, seperti yang termaktub dalam undang-undang kerajaan Malaysia. Kebenaran mengisukan nombor pendaftaran ini dilakukan dan dipantau oleh Kementerian Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Sejarah
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.
Rekabentuk Plat
Terdapat tiga rekabentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang diluluskan oleh JPJ (klik untuk spesifikasi) iaitu,
  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Kod Kawasan
Memandangkan Malaysia mempunyai 14 buah negeri dan wilayah persekutuan, huruf awalan digunakan bagi membezakan setiap negeri, wilayah dan kawasan dalam sesebuah negeri.
  • A: Perak
  • B: Selangor
  • C: Pahang
  • D: Kelantan
  • J: Johor, termasuk Kerajaan Johor (JDT 1 hingga JDT 10) dan Johor Ketenteraan Tentera (Askar Timbalan Setia Negeri) (JMF)
  • K: Kedah, termasuk Langkawi (KV)
  • M: Melaka
  • N: Negeri Sembilan
  • P: Pulau Pinang
  • Q: Sarawak
    QA dan QK: Bahagian Kuching
    QB: Bahagian Sri Aman
    QC: Bahagian Samarahan dan Betong
    QL: Bahagian Limbang
    QM: Bahagian Miri
    QP: Bahagian Kapit
    QR: Bahagian Sarikei
    QS: Bahagian Sibu dan Mukah
    QT: Bahagian Bintulu
    QSG: Kerajaan Sarawak
  • R: Perlis
  • S: Sabah
    SA dan SAA: Kota Kinabalu
    SB: Beaufort
    SD: Lahad Datu
    SK: Kudat
    SS: Sandakan
    ST: Tawau
    SU: Keningau
    SG: Kerajaan
  • T: Terengganu (plat T & TA digunakan oleh Kelantan)
  • L: WP Labuan
  • Putrajaya: WP Putrajaya
  • W: WP Kuala Lumpur
Lain-lain
JPJ turut mengkhaskan beberapa plat kenderaan kepada kenderaan khas lain seperti teksi yang menggunakan profix awalan H, LIMO untuk perkhidmatan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pegawai diplomat antarabangsa (11-22-DC) dan kenderaan Tentera Malaysia (ZA, ZZ, ZD, ZU dan ZZ). Selain daripada itu, JPJ turut mengeluarkan plat kenderaan untuk acara-acara besar seperti SUKOM, XII NAM, X OIC, XI ASEAN, XXX IDB dan BAMBee. Turut dikeluarkan adalah plat untuk pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Lotus, Naza, Waja, Wira, Saga, Satria, Tiara, Perdana dan Kriss.

No comments:

Post a Comment