Tuesday, June 24, 2014

CARA-CARA WIRING KERETA

Cara-cara Wiring Side Mirror L5
Cara-cara Wiring Side Mirror Honda
Cara-cara Wiring Side Mirror kancil
DIY side Mirror
Cara Pasang Power Window kancil
Cara Pasang Power Window Wira
Cara Pasang Power Window Honda
Cara Bukak Stereng
Macamana nak pasang enjin
Cara-cara nak celup chrome
Cara-cara nak balut doortrim
Cara-cara nak balut stereng
Cara nak bagi laju kereta
nak buat kereta lebih pikap
cara pasang bumper kereta

Monday, June 23, 2014

KEMALANGAN KENDERAAN TENTERA DI KEM TERENDAK



Laporan Awal Kejadian Kemalangan Kenderaan Tentera


1. Kejadian berlaku pd 0730H ketika 3 ton bernombor daftar ZC 2207 yang dipandu oleh 1158541 LKpl Mohd Sofian b Zakaria (504 AW) membawa seramai 32 x anggota/guru/jurulatih dr Kontinjen Negeri Terengganu untuk ke lapang sasar 400 meter Kem Terendak bg acara menembak.


2. Pecahan anggota terlibat
a. 2 x guru
b. 5x jurulatih
C. 24 x kadet ( 12 x lelaki, 12 x perempuan)


3. Lokasi kejadian di laluan Rimba Para (500m dr pintu )


4. Kejadian berlaku dipercayai pemandu gagal untuk mengawal kenderaan ketika membelok di selekoh.


5. Kecederaan anggota:


A. Kecederaan Parah;


1. Nurul Hazirah binti Mohd Haris (971105-10-6672) - kecederaan di bahagian kepala.

2. Nuraina Syakirah bintu Abu Bakar (980825-11-5360) - kecederaan di bahagian kepala.

3. Nor Azwani bin Abd Ghani ( 960224-11-5581) kecederaan di bahagian tengkok.

4. 5007683 Pbt Syarmala a/p nalathambi (512 AW)- patah kaki kanan

Sunday, June 22, 2014

PROTON SAGA 3 (GENERASI KE 3)



Generasi ketiga model Saga yang begitu sinonim dengan sejarah penubuhan pengeluar kereta nasional PROTON, akan diperkenalkan dalam tempoh kira-kira setahun lagi. Pengerusi PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai ‘Saga 3’, akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi yang menjadi pilihan ramai.

“Saya mahu melihat PROTON menjadi pengeluar kereta berkualiti, bukan lagi syarikat pembuat kereta dengan harga yang murah. PROTON mahu mengeluarkan kereta yang bukan hanya disukai ramai tetapi mengambil kira harga dan kualitinya.




Harga dan kualiti

“Melalui pengeluaran generasi kedua Saga yang digemari ramai, PROTON dapat menjual 5,000 hingga 6,000 unit kereta ini pada setiap bulan.

Tuesday, June 17, 2014

SEBAB APE ORANG BAGI LAMPU TINGGI PADA KITA??

Apa yang aku perasan masyarakat kita ni memang agak prihatin..cuma cara tunjuk prihatin tu yang kita tak berapa nampak sangat..selama aku jadi seorang pemandu kereta@motor aku sentiasa dapat hidu keprihatinan rakyat Malaysia ni..Lagi2 pemandu lelaki.. Contoh yang aku pernah lalui..disatu ketika tengah syok kita memecut kereta tiba2 kereta diarah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kepada kita secara berkelip2..Kalau orang tak biasa mesti mereka ingat pemandu tu suruh bagi laluan ataupun sememangnya gila main lampu siang2..

Hakikat sebenarnya ia memberi isyarat ada sesuatu halangan dihadapan laluan kita..kalau kat kampung semestinya ada lembu melintas dan paling ngeri ada hantu tengah menghalang laluan dan tunggu masa nak cekik leher nak hisap darah..macam drakula tuu..takpun ada eksiden ngeri yang menyuruh kita memperlahankan kenderaan.. Tetapi kalau dikawasan bandar ataupun desa situasinya berlainan pulak ianya memberi isyarat bahawa dihadapan kita ada sekatan Polis ataupun roadblock..

Ini adalah petanda awal kepada sesiapa yang gentar dan takut menghadapi sekatan Polis atau JPJ..mereka bolehlah berhenti ketepi takpun boleh berpatah balik..Ingat!jangan dah nak sampai sekatan baru nak terhegeh2 berenti tepi pastu angkat bonet depan konon2nya enjin kita rosak..kekeke..anda digelakkan JPJ jer nanti bila buat alasan Pak Kaduk tu..mereka bukannya bongok..malahan dah masak dengan alasan bingai tu..

Sebab tu kita kena sentiasa alert dalam apa jua situasi..kadangkala isyarat dah diberi tetapi kita tak ambik peduli..bila dah suruh ketepi mula la keluar ayat caci maki..so,berbalik kepada cerita kita tadi..bila orang bagi lampu tinggi mesti ada sesuatu yang terjadi..kalau lampu tinggi dari belakang tu maknanya dia suruh ketepi..x paham2 lagi..cakap mulut berapi..macam sekolah tinggi lepak kedai kopi..aku dah melalut ni..so,jagalah diri sendiri..perhati kawasan kanan kiri..sekian

Abu Huzaifah
Pengkaji Ilmu Lampu Tinggi Nusantara

Monday, June 16, 2014

POMEN CEKIK DARAH



Aku ni bukanlah seorang pomen..bukan juga dilahirkan sebagai seorang yang pakar dalam bidang ni..tetapi aku dikurniakan akal yang waras dan fizikal yang mantap..bukan aku saje malah jejaka diluar sana pun begitu..apabila aku terlihatkan bil brader ni tiba2 senak pangkal rahim aku diikuti pula sedikit bunyi nyaring keluar dari lubang duburku..bil untuk sebiji kereta kancil yang rosak akibat banjir di cas sebanyak RM4580?

mati2 aku ingatkan bil dari sebijik kereta Chevrolet .. tak masuk akal..apa yang aku nampak pomen ni memang cerdik..cerdik bab menipu..bayangkan sebiji halfcut daihatsu mira L6 mahupun L5 harganya baru saja mencecah rm2500..mentang2 brader ni kurang pengetahun tentang kereta suka2 hati dia cas berganda macam ni..aku pasti barang2 seperti oil filter dan enjin oil boleh dapat separuh harga dari bengkel lain..

Mengikut makrifat aku




brader ni hantar kat bengkel angkasa lepas..mungkin kat planet nameck atau planet bezita..kat sana memang payah nak dapat barang2 ni..wiring pun harga rm450..mungkin wiring kereta bmw M5 takpun Mercedez Compressor Cls yang dikacuk dengan wiring kancil..nak bagi laju dan ada wiring ABS dan SRS dan juga wiring autolamp dan autowiper..

Kancil ini juga dikenakan sebijik bateri berjenama BOSCH berharga rm220..dah macam harga bateri NS60 keatas..mungkin bateri lori pikap ini mampu membuatkan perodua kancil ini laju dan pikap..tak perlu turbo..bateri ini pun dah cukup..biasa bateri kancil NS40 basah baru harganya rm140..berapa bnyak pomen tu sebat?kekeke..minyak gear aku tak pasti dia pakai minyak gear apa..pengalaman aku..minyak gear tak pernah lagi cecah rm50..mungkin minyak gear dia pakai yang honda ataupun toyota..yang jenis berkualiti tinggi..untuk menambah lagi kuasa pecutan kancil brader tu..mungkin sebelum ini kelajuan boleh mencecah 120kmj selepas menggunakan minyak gear ini kelajuan bertambah ke 250kmj..mampu mengalahkan honda integra Type R..mahupun ferrari yang sedang berkonvoi..

Apa2 pun aku malas nak komen panjang sangat nanti pomen ni marah pulak..ye la..aku bukannya pomen..kejap lagi persatuan pomen pegi haji balik hari marah pulak dengan kenyataan aku ni..kepada brader yang jadi mangsa ni..tak perlu risau..buat je report..Tak pun beli jer kereta baru..kancil pekak boleh dapat harga rm4000 jer.tu pun silap2 ada enjin turbo..

kepada pomen aku mintak jujurlah meniaga..kita hidup bukan penamatnya didunia ini saja..kita hanya singgah didunia sementara ni untuk mengaut pahala menuju akhirat yang maha kekal..bak kata pepatah NAK LARI DARI SEKATAN JPJ TERMASUK PULA KELUBANG TAIK..KERETA JAHANAM BADAN PULA BERBAU TAIK..sekian..

Abu Huzaifah
Pengkaji Ilmu Pomen Nusantara

KERETA KOMPAK TERBARU PROTON AKHIRNYA TERDEDAH

Akhirnya kereta kompak Proton yang selama ini kita jumpa berselimut dan bertopeng sudah berjaya didedahkan identitinya..foto yang beredar ini telah mendapat pelbagai andaian dari pengkritik totok proton..biasa laa..kereta buatan tempatan..mana ada yang sanggup beri pujian..macam-macam komen yang aku baca tentang kereta ni..ada kata rupa macam myvi la scirocco la Hyundai i10, ford fiesta la..macam la aku dengar..

Kalau dari sudut pandangan aku..kereta ni memang ikut trend rupabentuk sekarang..dari segi rekaan luarannya..nampak kemajuan PROTON dari segi mereka bentuk..dalaman aku tak pasti..kepada kaki kondem..silakan kondem barang Malaysia ni..produk tempatan..produk yang kamu tak pernah guna ni..

Kepada yang pernah menggunakan produk proton..aku ucapkan tahniah..anda sahaja yang mengenali dan memahami kenderaan tunggangan anda..bila orang tanya kat aku bagus ke produk PROTON ni? aku kata memang bagus sebab keluarga aku pun pengguna proton..

Kepada kaki kondem..disilakan kondem sekarang..biar PROTON tutup terus..sebelum duit rakyat habis bina kereta kompak ni..seperti kata bidalan..Membujur lalu melintang pukang, memaku dulang paku yang serpih..ibarat kencing ke langit,langit tak kena badan berbau hancing..sekian

Abu Huzaifah 

Pengkaji Ilmu Kereta Akhir Zaman