Monday, June 27, 2016

CARA NAK TAHU MASALAH APABILA LAMPU CHECK ENGINE MENYALA



Cara untuk mengetahui apa masalah apabila tiba2 lampu check engine menyala yg menandakan ada salah satu sensor x berfungsi..








1. Mula2 loop wire di diagnotic soket yg terletak di enjin bay ( utk enjin efrl )
2. Offkan ekon.. blower.. switch ekon
3. On kunci.. pada waktu ini.. lampu check engine akan berkelip kemudian delay 1 saat dan berkelip lagi.. let say ia berkelip 5 kali kemudian delay dan berkelip 2 kali.. so code yg keluar ialah 52
4. Catatkan code yg keluar
5. Refer code di bawah

13 - rpm mulfunction
14- cam angle sensor
16- ignition system mulfunction
18- knock sensor
21- 02 sensor
22 - 02 sensor bawah
25- fuel trim too lean
26- fuel trim too rich
31- map sensor
41- tps sensor
42 - engine coolant temp
43- intake air temp sensor
44- A/C evaporator temp sensor
51- switch signal mulfunctio ( a/c)
52 - speed sensor
54- starter signal mulfunction
71- idle speed control
73 - variable valve advance / retard
74- oil control valve ( dvvt )
75- variable valve timing
76- evaporator emission control ( vsv )
81- immobolizer signal mulfunction
82 - ABS abnormal reception
83- immobolizer signal circiut mulfunction


6. Check sensor.. soket.. wire yg berkaitan.. repair atau tukar komponen yg rosak
7. Reset ecu - cabut negetif battery atau fuse efi ( untuk mengelakkan setting radio dan jam lari )
8. Ulangi langkah 1 hingga 3..
9. Lampu check engine akan berkelip laju menandakan system EFI tiada masalah..
10. Kalau lampu check engine masih berkelip dan delay.. bermakna masih ada sensor yg bermasalah.. refer code yg diberi

Good luck

Thursday, June 9, 2016

PROTON MENJAWAB PERTUDUHAN KENDERAANNYA AKAN ROSAK JIKA MENGGUNAKAN JUMP START






Proton sangkal dakwaan model kenderaannya akan rosak jika menggunakan ‘jump-start’

Akibat penyebaran notis (gambar di atas) yang kononnya dari sebuah pusat servis kenderaan di laman media sosial baru-baru ini, Proton telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai perkara ini.

Menurut Proton, imej yang tersebar ini, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU), adalah tidak benar sama sekali. Sekali gus menegaskan, semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula atau jump-start.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Justeru, syarikat pengeluar kenderaan nasional ini
ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel jump-start adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Prosedur yang betul untuk melakukan jump-start kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.



Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel jumper yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain :
Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel jumper boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
Gunakan hanya kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
Kabel jumper negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri. Proton sekali lagi menegaskan, syarikatnya sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, bolehlah terus hubungi Talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com.

SUMBER: http://paultan.org/2016/06/10/proton-sangkal-dakwaan-model-kenderaannya-akan-rosak-jika-menggunakan-jump-start/

Wednesday, June 8, 2016

TIPS MEMILIH ENJIN HALFCUT YANG TERBAIK






TIPS MEMILIH ENJIN HALFCUT 

1)Bukak radiator cap. pastikan air dalam tu ijau cantik punyer...pastu jgn ttp...biar je 
terbuka...pastikan air dalam tangki spare cukup...


2)Bukak oil cap.tengok keadaan dalam enjin sama ada berkarat atau kekuningan...kalo 
karat,bermakna enjin sudah lama tak hidup..kalo kuning, ok la tu...kalo depan kesan 
hangus...(bau minyak hangus) sendiri mau ingat.

3)Tarik deep dtick...lap 1x...tengok ade kesan minyak tak...(biase kalo ade akan jd 
berbelang)...kalo ade belang tu...maksudnye enjin sudah lame tak hidup atau minyak enjin 
sudah lama tak tukar. bila check dipstick tu... make sure warna minyak itam tu bukan kelabu... kalau kelabu.. maknanye enjin dah masuk air..... trang tang tang... penah aku nak beli halfcut L5 air tu.. tauke tu kata boleh tukar minyak itam kompem ok.... aku kata.. kepala otak ko!!! in the 1st place camne pulak air boleh masuk ke dalam enjin kalau bukan head gasket dah problem... 



lagi satu yg jarang orang buat... compression test... bawak ler pomen atau pinjam ler tools tu... tak rugi check.. nak2 pulak kalau korang ambil halfcut yang harga2 mahal... GSR contohnye... ataupun halfcut yg sparepart/ top set nye boleh buat rahang korang jatuh.. hehehe

4)Kalo enjin turbo...cube tengok sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) sama ada leaking atau tak...kalo leaking...tak yah amik.

5)Biasenye halfcut,ade ekzos sparuh...korbankan skit tangan korang yang bersih tu,"colek"skit kat bhgn dlm ekzos tu...tgk ade minyak ke x...kalo ade minyak...(atau kesan minyak enjin)...maksudnye valve seal da bocor...

6)tengok mileage...(jangan percaye sgt, ade yang meter pusing)

7)perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ada banyak habuk melekat,jadi hitam...tu takpe...boleh cuci...tapi kalo basah ngan minyak,tak payah amik.

8)Apabila korang betul2 dah puas ati dgn kriteria di atas, barulah korang suruh die start enjin...dgr die punye autochoke,jalan ke tidak...rpm akan jadi tinggi mase autochoke ni on...

9)kat no 1 tu, aku cakap jgn tutup radiator cap kan?...ha...mase enjin baru nk start ni la byk rahsia ttg enjin tu yg korang boleh tau...tengok sama ada air dlm radiator tu,melompat keluar atau tak...kalo melompat je...korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik halfcut tu, takyah amik...comfirm byk problem halfcut tu...lepas tu korang biar je sambil tengok air dalam radiator tu,kurang atau tak...dlm mase yg same, tgk dkt ekzos, mesti ade sedikit asap warna putih atau itam (normal ni, sbb pembakaran belum lengkap, enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh atau merecik melalui ekzos... ini tandanye enjin tersebut berada pada tip top condition...

10)Perkara paling penting skali mase bli halfcut ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jgn buka air cond dulu...biar die jalan dulu...lantakla kalo tak cukup minyak pun...suruh tokey tu tambah lagi petrol...cakapla yang kite nak beli...die mesti layan punye...dengar betul2 die punye idling,elok ke tidak...

11)Bila kipas da pusing...em...kalo bole biar smpi cut...tgk sama ada semput ke tak...kalo semput...mintak turun harga...mungkin plug da tak elok...(sampai stage ni,korang mesti beli,kalo tak beli,siap la korang kene hamun ngan tokey tu)

12)Lepas tu...barulah korang check functional setiap controller...aircond,lampu hujan,lampu besar,lampu highbeam,signal-yang penting nyala,kelp ke tak kelip ke,bukan salah lampu tu,sebab signal blakang takde,so relay jadi tak betul,lps tu tgk lampu2 meter,temperature tu jgn lupe,jgn lebih separuh jam...kalo salah satu dari ni tak function,mintak turun harge kaw2 punye...

13)Pastikan korang dapat complete ngan disc blakang skali,absorber,tangki minyak dan floor mat...kalo xde,mintak turun harga lagi...

14)Yang penting skali...lps idupkan enjin...biarkan dlm 5 minit pastu tekan clutch...kalo RPM drop maknenye main bearing da lingkup (utk halfcut manual sahaja)