Akhirnya kereta kompak Proton yang selama ini kita jumpa berselimut dan bertopeng sudah berjaya didedahkan identitinya..foto yang beredar ini telah mendapat pelbagai andaian dari pengkritik totok proton..biasa laa..kereta buatan tempatan..mana ada yang sanggup beri pujian..macam-macam komen yang aku baca tentang kereta ni..ada kata rupa macam myvi la scirocco la Hyundai i10, ford fiesta la..macam la aku dengar..
Kalau dari sudut pandangan aku..kereta ni memang ikut trend rupabentuk sekarang..dari segi rekaan luarannya..nampak kemajuan PROTON dari segi mereka bentuk..dalaman aku tak pasti..kepada kaki kondem..silakan kondem barang Malaysia ni..produk tempatan..produk yang kamu tak pernah guna ni..
Kepada yang pernah menggunakan produk proton..aku ucapkan tahniah..anda sahaja yang mengenali dan memahami kenderaan tunggangan anda..bila orang tanya kat aku bagus ke produk PROTON ni? aku kata memang bagus sebab keluarga aku pun pengguna proton..
Kepada kaki kondem..disilakan kondem sekarang..biar PROTON tutup terus..sebelum duit rakyat habis bina kereta kompak ni..seperti kata bidalan..Membujur lalu melintang pukang, memaku dulang paku yang serpih..ibarat kencing ke langit,langit tak kena badan berbau hancing..sekian
Abu Huzaifah
Pengkaji Ilmu Kereta Akhir Zaman
No comments:
Post a Comment