Tuesday, May 20, 2014

MANA ANDA NAK PILIH? KLON ATAU ORIGINAL??



Lama tak menulis, Sekarang kecoh pasal isu tudung Fareeda.. jika ditanya apakah pendapat saya mengenai tindakannya menyita dan merampas Fareeda tiruan saya akan berpihak dan menyokong tindakannya kerana apa? Kerana jika anda adalah seorang pemikir dan pemecah idea anda akan alami perasaan yang sama dengan Fareeda.. kerana apa? Kerana beliau berpenat lelah mengeluarkan idea dan mencipta brand sendiri dengan menghabiskan jutaan ringgit untuk pengiklanan,promosi serta mendapatkan bahan mentah yang berkualiti.

Didalam dunia sukan permotoran juga tidak terlepas dari isu ciplak menciplak ini. Ianya mungkin tidak menjejaskan pengeluar barang tersebut tetapi menjejaskan si pembeli. Kita ambil contoh didalam dunia kcar, jika anda berada ditahun 2000 hingga 2010 anda pasti merasai kemeriahan memiliki sebiji kancil. Memiliki kancil adalah satu kebanggaan. Lingkungan tahun tersebutlah bermulanya era JDM tegar. Ketika itu barang JDM ada yang murah dan yang mahal. Paling hebat dan paling berkuasa ketika itu ialah jentera berkulitkan l200s.. harganya sudah pasti ramai yang tak mampu sehingga kini harganya terus maintain dan masih diklasifikasikan sebagai king item oleh sesetengah pihak.

Jika kita masih ingat barangan aftermarket seperti set jmode dan kensmode adalah barang paling berhantu ketika itu..harganya tak usah ditanya..memang mahal dan amat susah didapati.. kita ambil sahaja contoh kensmode. Untuk mendapatkan 1 set kensmode l200s complete anda sekurang2nya perlu ada rm2k..jangan harap la nak pakai kalau anda kedekut hendak keluarkan duit sebanyak tu. Boleh dikatakan ketika itu hanya ada 10 orang sahaja pejuang kensmode. Gathering adalah masa untuk menunjuk jentera masing2 dengan pelbagai jenis barangan JDM.



Tidak lama kemudian tersebarlah perkhabaran yang menghampakan si pengumpul2 barangan berhantu tersebut. Bukan fitnah tetapi ianya betul2 realiti.. barangan klon mula menguasai pasaran kcar. Keluhan2 yang amat dahsyat mula didengari oleh pemilik2 original kensmode, jmode,cross.. barangan klon jauh lebih murah membuatkan ramai yang kedekut duit mula membeli dan menayangkan barangan ciplak mereka tanpa rasa bersalah. Harapan hancur musnah sipembeli dan pemilik original kerana mereka adalah sebenar benarnya pejuang. Dengan penat lelah mencari dan menunggu dengan penuh setia dan rela berkorban masa tenaga, wang ringgit.

Hanya yang tahu nilai sahaja yang tahu apakah erti sebenar ketulenan. Jika anda seorang JDM tegar anda pasti tahu nilai reflektor AVANZATO TRXX TURBO dan sebagainya. Harga ori rm1500++ yang klon rm150.. anda buatlah penilaian sendiri dengan kualiti serta ketulinannya.. anda tidak mencipta mahupun memerah idea untuk menghasilkan barang tersebut. Berbaloilah dengan kutukan rakan2 anda kerana memiliki barangan tiruan.. memang tepat sekali ucapan si Mawar, kalau tak mampu jangan beli.. jadi, kenapa perlu anda nak boikot beliau sedangkan beliau mempunyai hak harta intelek.

So, penutupnya jadilah kita bangsa yang berilmu. Ketahui hak orang lain serta sensitiviti pemilik original. Yang terjejas bukan penjual tetapi pembeli.. tak mampu jangan beli.. otak kanan tolak tepi sudah masa guna otak kiri...bukan janji tapi pasti.


No comments:

Post a Comment