Wednesday, October 31, 2012

BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA BR1M 2.0


DOWNLOAD BORANG  BR1M  / ONLINE BR1M 


Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M 2.0.Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas
Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar
Isi RumahSyarat
Bantuan RM500
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Untuk info,penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua.Mereka telah layak secara automatik
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
BR1M 4 borang br1m 2.0 : pemohon baru
BR1M 3 borang br1m 2.0 : pemohon baru
Individu (Bujang) berumur 21 tahun keatas berpendapatan RM2000 ke bawah layak menerima bantuan RM250
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun dudaSyarat
Bantuan RM250
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang ingin mendapatkan borang tersebut secara online boleh muat-turun (Download) dalam ruangan ini jika borang BR1M sudah diedarkan nanti
(Dalam pada itu jika terdapat informasi terbaru mengenai BR1M 2.0,admin akan mengemaskini di sini)
entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web www.hasil.gov.my
Ataupun melalui borang mulai 1 November 2012 dan bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun 2013
entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru(31 Oktober)
Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
entri dikemaskini borang br1m 2.0 : pemohon baru(1 November)
Perdaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (Isi Rumah) dan bantuan tunai RM250 (Individu Bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) dibawah
Jika pemohon masih keliru dengan syarat permohonan sila rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut
Manakala bagi panduan mengisi borang mengunakan Sistem Dalam Talian sila klik pada tajuk pautan disertakan
Untuk mengisi borang permohonan secara manual pemohon boleh memuat turun borang permohonan klik pada tajuk pautan dibawah
Borang yang sudah dilengkapkan dengan salinan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada lokasi yang dinyatakan


Read more: http://www.enciknakal.com/2012/10/borang-br1m-2-0-pemohon-baru.html#ixzz2Aw7znIAr

No comments:

Post a Comment