Pages - Menu
▼
Wednesday, July 10, 2013
D.I.Y: CARA-CARA UNTUK MENAMBAH PICK UP, SISTEM DVVT CEPAT BUKA DAN MENJIMATKAN MINYAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga kalian semua sihat la hendaknya..hari ni merupakan hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadan.. semoga bulan Ramadhan ini tidak merencatkan aktiviti luar anda. untuk segmen Do It Yourself kali ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk menambah Pick up kereta alza/myvi/viva dan seangkatannya. Ini merupakan sebuah perkongsian ilmu daripada Syed Hanif Amer yang telah saya cedok didalam forum Kcarlife.
Semoga segala penerangan yang telah beliau kongsikan dapat difahami.
CARA-CARA UNTUK MENAMBAH PICK UP, SISTEM DVVT CEPAT BUKA DAN MENJIMATKAN MINYAK
1. Pertama sekali kita perlulah menyediakan bahan-bahan untuk melakukan ujikaji ini.
1.Spanar Saiz 12
2.Extension
3.Hammer
2. ni gambar accelerat0r cable yg blum diadjust..
3.Mula mula longgarkan accelerat0r cable pakai spanar 12
4. Longgarkan kemudian tanggalkan letakkannya ketepi
5. Di bahagian paddle minyak,cari stopper untuk batang paddle
6.ketuk sedikit st0pper tu kedalam.. tujuannya untuk naikkan sedikit pedal minyak..
7. selepas itu adjust accelerat0r cable. kalau terlebih cungkil naik sedikit st0pper tu.. pastikan accelerat0r cable tu tidak terlalu tegang.. kalau tegang idle RPM akan tinggi.. sebab tu kena ketuk st0pper tu sikit-sikit sampai ngam-ngam nut 12 tu kat hujung tread cable..
8. Selepas tu pasang semula nut 12 tadi. Dah siap!!!
Sekarang anda boleh test Pick Up kereta anda..pasti anda rasa kelainannya.. SELAMAT MENCUBA!!!
Untuk keterangan lanjut berhubung dengan segmen DIY ini anda boleh menghubungi saudara Syed Hanif (Anep) 012 7145283