Tuesday, March 17, 2015

FERRARI ZIZAN TERLIBAT KEMALANGAN DI PUTRAJAYA??






Jika benar berita yang kami dapat melalui sumber ini, nampaknya besar sungguh dugaan Zizan Razak ketika ini, sudahlah baru sahaja putus cinta, kini khabarnya Ferrari miliknya pula terlibat di dalam kemalangan di Putrajaya.


Kami sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa trafik Putrajaya berhubung kesahihan perkara tersebut namun sehingga kini, belum ada laporan yang dibuat oleh pihak yang terlibat di dalam kemalangan.

Diharapkan perkara ini tidak benar kerana sehingga setakat ini belum ada apa-apa berita daripada pihak Zizan dan orang ramai.. Kita doakan agar Zizan sentiasa dilindungi Allah Hendaknya





Monday, March 2, 2015

WIRA KERAT PUNGGUNG (5 Gambar)


















Kereta Allahyarham Nik Aziz Diiklan Untuk Dijual?



Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.




KUALA LUMPUR, 2 Mac:

Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.

“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.

“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. share
 kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.





“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya kepada The Rakyat Post.